Tuesday, December 8, 2009

~ROJAK~


Aduyai...punyalah lama den tak update blog ni.. fotopages pun den tinggalkan..tak sempat dah nak mengadap blog ni lama2...kalau nak menulis ni..kena ada feel.. bukan setakat tu je, nak kena menyekami perasaan dan cerita yg nak ditulis tu..hehehe... Yo Yo ooh je eden ni haaa... tapi mmg dua tiga menjak ni, tak berapa nak sempat.. sibok jaga si kenit yg sekarang ni dah agak membesar.. maka niat untuk mengarang cerpen harian itu terpaksa diberhentikan seketika... tp ntah bagaimana hari ini.. tatkala anakanda Ian Nawfal sedang nyenyak tido sambil berselimut.. najla pula dgn cekak kepala berwarna pink pekat itu sedang menghisap botol susu di atas sofa sambil menonton kartun kegemaran ramai Hagemaru... den terus mengambil peluang utk menulis barang sepatah dua kata di sini..
tetapi ROJAK? kenapa dengan rojak? adakah kerana rojak buah kesukaanku atau kisah tentang rojak pasemboq yg menjadi kesukaanku di kedah itu? bukan..bukan... hanya kerana aku terpaksa mencampur adukkan gambar2 kenangan anakanda berdua itu...kami sekluarga sepanjang den menyepikan diri...nak tulis panjang2 pun tak sempat jugak ni.... confirm kejab lagi nawfal bgn...baik cepat2 ku tulis dan upload gambar2 mereka...... hehehe..... layanzzzzz..
My 9 months superhero - Ian Nawfal
Ian nawfal with his sister Najla Sufya
Ian Nawfal : 10 months of age....
11 months dah budak ini....
dan yg ni.. nawfal dah setahun... dah boleh jalan dah.... yeay!

Monday, June 15, 2009


Cuti sekolah yang lepas, najla & nawfal balik kedah for a week, untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan pak su (adik bongsu en putra). dengan persiapan yg bermacam2 dan berbagai2... akhirnya majlis selamat berlangsung dgn penoh meriah. dengan undangan lebih 8 ribu org dan 8 ekor kerbau dikorbankan, disertai dgn kehadiran tetamu2 kehormat, dgn cuaca yg agak panas di kedah... akhirnya...semuanya selesai...alhamdulillah. walaupun den takla sesibuk mana menolong, tetapi tetap sibok dgn kerenah 2 org anak... najla yg sibok dgn sepupu sepapatnya.. manakala nawfal.. den rasa mungkin waktu tido & makannya sedikit terganggu dan kurang dari biasa.. tp biasala tukan...dah nama pun kenduri besar!... rumah yg dipenohi org ramai... cuaca yg teramatlah panas.... maka den & 2 org anak terpaksa mengikut mak, kakak & abg den yg dtg dr melaka untuk sama2 tido di hotel di aloq staq.... hehehehehe.... walaupun ada yg agak "menjelesi" pemergianku ke hotel..... terpaksa jua kumelangkah demi anak2 ku... hahahaha...dan yg penting, si kecil nawfal dpt melelapkan matanya dgn lena....... ahhhhhh...nyaman & sejoknya air cond di hotel.............. tp kat sini bukanlah tujuan utama den untuk menceritakan tentang sejoknya air cond kat hotel tu..... tp cukuplah sekadar menghiasi our "album of memories" ni dgn gambar2 yg sempat di ambil....untuk tatapan & kenangan kami sekeluarga..........

* wedding pak su & mak su"
6,7 & 8 JUne 2009
Aloq Staq, Kedah



najla, nawfal & alissa



najla, alissa, ikmal, khaliss, edri, aidan, nazmi, pu3 & nawfal

ayahanda hj.mohamed taulan bersama tetamu2 kehormat

najla & nawfal bersama pak su & mak su

Saturday, May 16, 2009

~ GADIS MELAYU! EDISI NAJLA SUFYA

malam berganti siang, siang bertukar malam... cuaca pula, sejak akhir2 ini dikatakan semakin panas... walaupun aku tidak begitu merasakannya... mungkin kerana rumah tempatku berteduh terletak di atas bukit dan dikelilingi pepohon hijau...ahhhh..nyamannya! terdengar pula kicauan burung2 yg bertenggek di atas hampaian bajuku..... memang indah.. dalam sibuk dengan rutin harian yang semakin hari semakin bertambah.... dek karenah anak2 ... aku terlupa..rupa2nya anak dara en putra kini semakin membesar.... semakin  terserlah kegadisannya.... emm..jomla layan aksi2 anak dara en putra ini.

*VERSI NAJLA SEBAGAI GADIS MELAYU*
BERKEBAYA MERAH JAMBU MANIS BERGAYA
najla : "umi, La nakla baju macam umi" ucap najla di suatu hari..

den : "baju apa?" pendek saja jawabku..sibuk dgn nawfal yg semakin melasak.

najla : "baju umi yg kaler black dgn red tu.... yg kat dlm almari tu!" luah najla lagi...

den : " oohhh.... baju kebaya umi tu eh? apsal?...La suka ke? " kali ini aku merenung matanya.

najla : " a'ahla umi, La suka.. sebab tulah La nak.." menjawab dgn penuh senyuman dibibir.....

pulang ke melaka..sempat kutempahkan sepasang kebaya pink untuk najla...... dah siap.. tak sabar pula anak dara ini hendak menggayakannya....... aduh! penatla nak kena amik gambar dia pulak... tgkla pose2 najla dgn kebaya pinknya tu....



EDISI HARI GURU & NAJLA

najla : "umi, umi, esok kat school ada teacher's day! La nak bg teacher siti & teacher chandra present!" jerit najla tatkala pulang dari school.

den : " La nak bg teacher apa?" tanyaku sambil melihat najla sedang membuka kasut sekolahnya.

najla : "La kena bg teacher flower dgn bear!"  jawabnya dan terus ke bilik.

den : "haaa?? apa? bagi flowers & bear? nak buat apa bg teacher bear? teacher bukan nak main dgn bear pun..." terkejut dengan permintaan najla tadi

najla : "alaa umi ni..teacher yg mintak" kata najla lagi

den : "ishhh..tak kan teacher mintak kot... takpelah..kita bg bende yg lagi best kat teacher ok!" pujuk ku pada najla...... dalam hatiku berkata "ishhh cikgunya pun..ni mesti mintak bear utk anak dorang ni".... hehehehehe..gelak ku sendirian.

malam itu aku terpaksa membawa najla ke carrefour..memcari2 hadiah yang sesuai utk teachersnya..... akhirnya...jeng..jeng..jeng...yes! 2 frame gambar yg cantik dgn photo najla yg comel...

najla with her present for teacher siti & teacher chandra.

terkenang pula aku ketika di zaman kanak2... kalau dulu, waktu tadika ni, belom tahu lagi nak bagi2 hadiah kat cikgu... dah masok sekolah rendah  barula tahu sambutan hari guru..barulah sibuk nak bagi hadiah pada cikgu.... hahahaha... dan hadiah yg paling best dan paling popular pada zaman dulu ialah... pelbagai jenis sabun mandi... dan aku juga akan selalu mengambil sabun LUX di dalam almari mak di dapor... dan kemudian itu juga...terdengar....

mak den : " Alimmmm!!!! mana pegi sabun mandi kat dlm almari banyak2 ni?????????" 

dan ketika itu juga aku berlari keluar rumah dan terus mencapai basikal chopper biru kesayanganku lalu terus  memecut laju................... hehehehehehe... dalam hatiku berkata " beruntung jadik cikgu zaman sekarang ni ye.. jadik cikgu tadika pun dapat hadiah best2!.."


MOTHER'S & TEACHER'S @ SMART READERS KID SRI GOMBAK

15 May 2009, aku mendapat undangan drpd teacher siti untuk menghadiri majlis sambutan hari ibu & guru di school najla. sambutan yg hanya dihadiri oleh para guru dan ibu2. Awal2 lagi aku sudah memberitahu en putra mengenainya.............. 

najla : "umi, malam ni kita pegi berdua tau! adik dgn papa tinggal kat rumah" ceria saje suara najla.

den : "ok... umi kena bawa present sekali..sbb ada exchange gift for all mommies tau!" beritahu ku pada najla.

malam itu, dgn hadiah berupa sebuah pasu bunga yg cantik yg kubalut indah, kubawa ke school najla. kelihatan ramai ibu2 yg glamour & gorgeous bergaya bersama anak masing2... hahaha... aku & najla seperti biasa... sesimple yg mungkin.... tak dapekla nak bermake up bagai... ingatkan biasa2 aje...rupa2nya...ibu2 glam itu bukan setakat bermake up cantik... malah bermata biru dan coklat... berseluar yankee bergaun ala2 barbie pun ada...hahahahaha.....

acara dimulakan dgn persembahan drpd semua students & teachers menyanyikan lagu untuk ibu..... termasokla najla menyanyi dgn penoh gaya.....

below: gambar najla with aidan & lili..having fun together

dan yang paling meriah sekali ialah activiti teachers bersama mommies.. macam2 activiti yg diadakan termasok fashion show sambil menari, talent show, limbo rock dll... sebagai mommy yg sporting, aku pun joinla fashion show sambil menari tu...wah... tepukan yg gemuroh sehingga kelihatan 2  org penonton berdiri memberi sokongan.... hahahaha...lain tak bukan... najla & aidan... pic below : kelihatan aku yg sedang ditemubual oleh teacher shima selepas menari2 dan juga pic teachers membuat persembahan.

dan pada akhir sessi bersosial itu, acara bertukar2 hadiah menyerikan majlis, aku yg hadir dgn hadiah yg agak comel, pulang dgn hadiah yg paling besar.... selepas mengisi perot dgn juadah yg disediakan.. kami pulang kerumah..tak sabar2 utk membuka hadiah yg aku dapat..... wahhhh!!!! sebuah pinggan hidangan yg besar & cantik berbunga2 ... sambil aku menjerit " wahh..cantiknya!!! untung umi pegi.. dapat hadiah yg paling besar! pinggan cantik plak tu!!! " bak kata amy search " berbaloi2!"........ 

tapi bila aku fikir balik... wah..najla ni, teacher's day punyalah pulun  beria2 nak belikan present for teachers...tp mother's day...takde pulak dia teringat nak belikan aku hadiah... bukan setakat hadiah nak wish pun tidak... en putra papanya si najla lagilah...langsung tak tau menahu pasal mother's day ni.. ucap pun tidak..apatah lagi hadiah.... sehingga malam kutunggu drpd mereka berdua.... sampai kelat mataku..akhirnya kusedar jua.. jgn beranganla nak dpt suprise present!!! cuma..........

den : "najla... najla tak ckp mother's day kat umi ke?" tanyaku dgn sedihnya...

najla : "hehehe..happy mother's day umi" ucapnya dalam keadaan tersengih2...

den : " laaaaa... tu je ke? tak cium umi?" 

najla : " okla..okla...  " jawab najla diikuti satu kiss drnya....... 

lantas aku berkata " kesian umi..tak dpt hadiah pun......."...diikuti senyuman dr najla & hanya lirikan mata tanpa makna drpd en putra........ sedihnya........apa2 pun... "HAPPY MOTHER'S & TEACHER'S DAY TO ALL"


Wednesday, April 22, 2009

~ NAJLA & NAWFAL @ CONVO DAY KAK SHEERA




MAJLIS KONVOKESYEN SYAHEERAH (daughter of my 2nd bro)
DATE    :  5 APRIL 2009
VENUE :  PWTC

on 5th april yg lepas, najla & nawfal pergi ke majlis konvokesyen kak sheera @ PWTC. najla & nawfal very excited to meet kak shera, kak wawa & kak jeeha.. jom layans some of our pic with kak sheera & family.....
    **********************najla & kak sheera**************************

                with kak sheera , kak wawa & kak jeeha.


                        najla with uda & family @ PWTC

     sempat singgah @ our house before bertolak balik to pontian.

again, congratulation to Kak sheera from najla & nawfal , umi & papa!!!!

Thursday, March 26, 2009

~ IAN NAWFAL SEUSIA 7 BULAN


Lamanya tak update blog aku nih... nak kata sibuk.. takla sibuk mana pun but routine as a mommy of 2 kids ni..memang agak memenatkan.. ingatkan after resigned sebagai IT Security Analyst @ ExxonMobil.. tekanan & kepenatan tu akan berkurangan.. tak payah terkejar2 bgn pagi & siapkan anak utk ke nursery.. tapi.. i can say .. to be a housewife lebih penat & teruk dr to be a career woman.... kalau kerja tu... kita dudok mengadap pc, time makan.. hulur duit terus nganga mulut... time balik terus angkat bag & blah.. paling tidak.. aku kena stayback sampai ke malam & berjalan kaki sorang2 melalui lorong2 gelap di taman KLCC....  

tapi kini... awal pagi aku dah bgn..since malam semalam dah sibuk fikir nak prepare apa for breakfast..kena pulak najla dah school..dah tu.. tak nak makan food yg teacher sediakan.. nak bawa bekal katanya.. nak tak nak.. kenalah aku sediakan sarapan & bekal untuknya... nasi goreng..mee hoon goreng.. mee hoon soup, roti butter, roti & telur.. telur 3 suku,  dah sampai tak tau aku nak buat apa...  

berbalik pada topic di atas..then, aku sibuk pulak dgn nawfal yg dah mula menakal..merangkak seluruh rumah..terhantuk & tersembam ke lantai & dinding.. ian nawfal yg sudah pun mencecah usia 7 bulan bulan lps...... emmm.. layan jelah some of his pic..




last month jugak.. kita org berkesempatan balik melaka... saja2 balik... rindu agaknya... sempat jugak pi makan2 ikan bakar @ muara sg duyong with family... actually kalau nak diikutkan... ikan bakar umbai tu lagi dekat dgn rumah aku..tak sampai 5 minit dah sampai.... kalau dr rumah kak long aku tu..jalan kaki je...... but kita org prefer pi kat muara sg duyong sbb kira kenal dgn ownernya....  just call taukeynya.... sampai kedai terus makan.... tak payah nak tunggu2....

antara hidangan.... ikan siakap & kerapu bakar & masak sweet sour tak sempat nak amik gambarnya...... 
tapi yg tak bestnya... aku tidakla mentekedarah seperti biasa... dapat mkn ala kadar je.. memandangkan nawfal pada ketika itu demam. maka.. dia agak letih & asyik merengek ..... kesian kat nawfal yg demam & umi yg tak dapat menikmati ikan bakar dengan sepenoh hati.......... 
after balik kl........... nawfal dah ok dah.. bdn dah sejuk.. but.. naik pulak merah2 bermula dr dahi..pastu turun ke bdn dan kaki... doctor said... mayb demam campak yg tak kronik..... lembik je dia time tu........ 
kesian budak ini....... kisah ian nawfal ketika 7 bulan.................

Sunday, March 22, 2009

~ FACEBOOK DAN KESANNYA????




2, 3 hari ni, aku rasa serba tak kena..kejab ok..kejab tak ok.. ada je bende dalam kepala otak ni..kejab pikir..kejab blank semacam.... dalam hati plak... sebu je rasanya.... nak luah tak boleh... nak simpan ..aduh! bertambah2 senak rasanya.... bila otak & hati dah tak keruan... maka semua tingkah laku serba tak kena.. badan sakit! jiwa kacau! hati lara....... pusing..pusing! yg paling teruk.. cepat betul badan rasa penat! sakit kepala..sakit belakang.... punggung aku yg dah hilang sakitnya dek urutan berbisa mak ciknya si joe...kini menjengah semula... nak bangun sakit...nak duduk pun sakit... apa lagi!!!! makin kacau la aku di buatnya! tambah2 bila kita yg menanggungnya sendiri! semua keje nak buat! bangun duduk.. kejab menonggeng.. kejab berlari! angkat itu ini... seret sana..sorong sini..sental atas..sapu belakang....  aduh... badan mana yang larat... tapi aku..nak tak nak... aku jugak yg buat!!!!!! anak2 tak payah cakap... yg kakak.. " umi!..umi! nak itu.. mana ini?"... yg adik..." ehek..ehek...eeemmm mi!... eemmmma" mintak di dokong...mintak disusui... memang penat rasanya... penat yg tak mampu nak aku  tulis bagaimana rasanya.... penat mental physical... erggghhhh.......

aku bukak facebook...layan mana2 yg patut... dah macam tempat luah perasaan pulak kat facebook tu..aku tulis... "alim sharif is very tired mental & physical...... really need some fresh air to breath again........" ntah macamana.."tetiba yesterday en putra kejut aku bgn pagi...

en putra : " wak... kita pi titiwangsa nak?" kejutnya..

den : "issshhhh.... ntahla...nak buat apa?" tanyaku dalam keadaan mamai...

en putra: "saje je laa" pendek jawabnya....

aku bgn lantas mengejutkan najla...tp hampa.... najla menangis tak nak pergi.. mengantok katanya... rupa2nya.... malam kelmarin dia tido pukul 1 lebih... si najla layan dvd.. papanya pula layan psp... issshhhh.. teruk 2 beranak ni... pagi tadi bgn tido...kami meneruskan hajat en putra... bersantai di titiwangsa.... emmm.. dlm hati aku ada gak terfikir..kenapalah en putra ni tiba2 ajak aku & anak2 ke titiwangsa.... agaknya dia terbaca facebook aku...hehehe... bagus jugak ada facebook ni ye! macam salah satu alat perantaraan pulak ye.... dah penat bercakap, kat rumah cakap.. dalam tepon cakap... kita pakai sms pulak... tp kalau pakai sms...nak kena reply pulak... macam tu jugak via email... bila dah send... nak tak nak... terpaksa membalasnya.....  dan kelmarin.... baru aku terfikir.... wahhhh...agaknya sekarang ni... guna facebookla pulak..... sampaikan hajat pakai tulis je....... hahahahahahaha!!!!  walaupun bukanlah hajat sebenar aku nak amik udara segar tu kat titiwangsa ke... kat taman bunga ke.... aku tak kisah.... aku appreciatela apa yg en putra cuba usahakan itu!! thanks ye!!!

maka kelmarin jugak... kami ke taman tasik titiwangsa sekali lagi.... melihat gelagat najla bermain dan nawfal tersengih2 melihat semua orang yg lalu lalang..... aku tersenyum, dalam hati...... "ngeh....ngeh.... agak2nya... kalau aku tulis semua bende yg best2 yg aku nak kat facebook lagi.... en putra boleh bagi lagi tak?"  kwang3x.......... 

           *ALIMPUTRA'S FAMILY @ TAMAN TASIK TITIWANGSA*

                              *KAKAK NAJLA YANG HAPPY!*
            *NAJLA WITH HER NEW FRIEND - PLAY TOGETHER*

      *IAN NAWFAL - DAH BOLEH DUDUK DALAM STROLLER..YES!*

                                   * KITA MINUM DULU! * 


                                          *THE DOTTER*

                                        *THE MOMMY*

                                         * THE DADDY*
and also the best shot from en putra & me.......

                         this pic taken by mr putra...

                       and this pic taken by me......

Monday, March 16, 2009

~ MAK AIIHH... PUNYALAH KEDEKUT!



Sedang aku bermain2 dengan hero pujaan hatiku... tiba2 en putra datang menyertai kami.. dan terus bersuara...

en putra: "awak, malam ni kita nak makan apa?" soalnya kepadaku...

den: "ntahla wak...saya kenyang lagi ni... tadi makan banyakla!" aku menjawab..... 

en putra: "wak, saya bawak awak makan kat kedai arab nak?" soalnya lagi... kali ini wajahnya ada sedikit keriangan....

den: "emmm.. kedai yg abah selalu pergi tu ke? alaaaaa.... saya tgh kenyang ni...kalau nak pegi, kita tunggu time saya betul2 lapaq ..... barula best makan...order semua yg sedap2 kat sana !!!!!" kali ini aku pula yang teruja...sambil memikirkan makanan yg enak2.... 

en putra: "laaaaaaa.... saya mmg nak time awak kenyang.... nanti pegi sana awak order sikit je!" selamba aje kata2 yg terpacul dari mulutnya... wajahnya tidak memberi sebarang emosi...... tulus benar luahan dari hatinya.......

den : " cessss!!! kedekut punya orang!!!!!! baik tak payah ajak saya pi makan!!!!!! " jeritku sambil membalingkan bantal ke mukanya........ tercalit rasa hampa & terkilan sambil dibungai rasa kelakar............ 

tapi dia.. masih... masih lagi en putra dgn senyum sumbingnya... mengiakan lagi kata2nya tadi..... tersengih2 dan selang beberapa minit barulah dia sedar yg kata2nya itu ada unsur2 jenaka atau mungkin juga terserlah ciri2 org yang bakhil...... dan akhirnya..... dia ketawa berdekah2 sambil terhangguk2 kepalanya........ cehhhhhh!!!!! 

after 6 yrs of marriage........... pic taken by our dotter najla sufya.... 

Sunday, March 15, 2009

~ WEDDING AIZA


Semalam cuaca agak baik... teringat akan jemputan aiza ke majlis perkahwinan pihak lelaki di berjaya golf resort bukit jalil.. cepat2 kusiapkan najla dan nawfal... kemudian aku pula bersiap... dalam pukul 1 tgh hari... kami sekeluarga bertolak..... setibanya di sana, toniq dan isteri menyambut kedatangan kami... pengantin masih di pelamin, bergambar bersama sanak saudara... kami terus menikmati hidangan..... emmm..sedap lauk pauk yg dihidangkan...... selesai menjamu selera... kami berjumpa aiza.... wahh...cantik betul pengantin ni... kawan aku & en putra semasa di universiti dulu... sempat bergambar bersama2...... majlis tersebut turut dimeriahkan oleh jaafar onn... rohana jalil & haiza... sempat jugak kami bersembang... aleh2 tau jaafar onn org serkam...sedara pulak dgn noreen nor... emmm...kalau noreen nor tu...aku kenal sgtla...rumah parents dia kat serkam pun aku pernah pergi.....  hehehehehe. 

                 bersama pengantin - aiza & mazhar

with abg jaafar onn, rohana jalil & haiza.... wah... abg jaafar onn tu, kalah pose i tau!


                           with baby romeo...

kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat aiza & mazhar..semoga berbahagaia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yg comel dan soleh....insya allah.....

Friday, March 13, 2009

~RIBUT DIHATIKU...SIAPA YG TAHU?..



Cuaca yg cerah perlahan2 bertukar mendung..sedang asyik mengadap lap top..tiba2 terdengar najla menjerit dari ruang tamu kecilku..."umi... dah nak hujan!!!!! baju!!!!!! " bergegas aku ke balkoni..ku lihat angin mula bertiup kencang.... habis berterbangan baju2 kecil yg ku sidai.. cepat2 ku tarik dan ku masukkannya ke bakul... selesai kerjaku....aku terus mengadap lap top semula... membiarkan najla bersama adiknya Ian bermain bersama.. tiba2.... "umi, umi, tv dah rosak! " jerit najla lagi... berlari aku keluar... kali ini terus mencari2 remote LCD 32' jenis toshiba regza en putra.. ku tekan2..ku picit2... masih tidak berfungsi... ku dongak ke atas..ku lihat kipas berhenti berputar... " laaaaaa... takde electricla najla..... patutla tak boleh tekan tv ni...." aku bersuara... najla yg dari tadi melopong..terus tersenyum..... kesian melihat mereka berdua...ku teman bermain bersama.. jam di dinding menunjukkan pukul 5.3o ptg... tetapi cuaca agak gelap.... kemudian di susuli tiupan angin yg tiba2 menggila... di luar rumahku.. pokok2 bergoyang..plastic2 berterbangan.. berpusing2.... cepat2 ku tutup sliding door - 2 pintu itu... bunyi angin yg bertiup bagaikan hilaian langsuir yg berpaut di dahan2 pokok tua..... najla berlari ketakutan mendapatkanku.... 

rumahku semakin gelap... segera aku memandikan Ian & najla..takut2 lambat pula bekalan elektrik terputus... bergelap pula kami bertiga.. kulihat pula jam di dinding menunjukkan pukul 6 petang tetapi gelapnya bagai sudah menjelang malam... hujan semakin lebat... guruh berdentuman... kilat sabung menyabung..... aku memeluk nawfal dan najla.. kami berpelukan di sofa... angin di luar rumah semakin menggila.. kemudian, bunyi tin2 bertaburan dari tingkat atas apartmentku.... terdengar pula kaca terhempas.... juga dari rumah jiranku.... nawfal ketakutan lalu menangis... diikuti oleh najla..... merengek ketakutan di dalam gelap..... aku yg mulanya penenang kepada si kecil nawfal dan najla... mula tidak senang duduk...hatiku turut berdebar2 ... mungkin risau..mungkin juga takut..... 

lantas, cepat2 kugapai telefon dimeja..ku dail nombor yg sangat kuhafal.....

den : "hello...pa, awak kat mana tu? hujan lebat ni..... elektrik takde" aku terus bersuara..

en putra: "a'ah...saya tau...saya kat subang ni.... on the way nak balik... jam.." kata en putra...

den: " elektrik takde, lilin pun takde...gelapla pa... takut plak saya... cepatla sikit balik, saya call rumah pak lang takde org angkat... awak mintak lilin kat pak lang buleh?" 

en putra : "ok...nanti saya call dia suruh bg lilin kat awak eh" en putra memberitahuku.....

gagang telefon ku letak.... bunyi tiupan angin bagai hilaian pontianak... masih terdengar bunyi barang2 jatuh dari tingkat atas... nawfal & najla merengek2 ketakutan... kami masih berpelukan di dalam gelap......... debaran di hatiku semakin kuat..dalam hati "ya allah...cepatlah papa balik... umi pun dah takut dah ni"..... tiba2...... "DUMM!! DUMM!!! DUMM!!!!....... AKU TERSENTAK!!!!
bunyi pintu rumahku di hentak kuat!!!! dalam gelap itu aku mendokong nawfal dan memimpin najla...... cuba membuka pintu.... " nah lilin!! " terlihat pak lang yg hampir basah terkena tempias hujan..... cepat2 dihulurkannya lilin dan terus beredar pergi............. aku  tergamam......

emmm... ribut di hatiku... siapa yang tahu...... hehehehehehehehehehe...
(TAJUK DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN SEMUA WATAK DI DALAM CERITA TERSEBUT, TIDAK JUGA BERKAITAN DGN SESIAPA YG MASIH HIDUP ATAU YG TELAH MATI....... HAHAHAHAHAHAH! SAJE NAK BAGI BEST JE......)

Saturday, March 7, 2009

~ AHHH ?? JIN !!!!!!



Petang itu, aku tiada activiti.. tidak seperti kebiasaan, mengadap lap top jika ada masa yang terluang... cuaca pula, agak mendung..sejuk saja kurasakan... najla sibuk bermain dgn adiknya nawfal.. en putra pula tidak henti2 dengan psp putihnya itu. tiada kata lagi yang dapat kuluah padanya untuk menyatakan betapa jakinya aku dengan psp itu..... ergghhhh...

lalu aku terus meluru ke almari pakaian .... ku belek satu persatu pakain yg bergantungan.... sudah lama tidak kupakai. baju2 kurung, kebaya & mini kurung..yg semuanya ku beli tidak di gulatis, di aero moda, atau juga di maya.. paling tidak pun ku beli di jakel... yg kebanyakan berharga hampir mencecah 3oo ringgit sepasang..belom dikira upahnya lagi.... ditambah pula dgn taburan manik2 dan labuci yg bergemerlapan..... belom dikira pula songket asli yg dibeli di kelantan... yg menerbangkan rm 65o dari wallet en putra... ditempah pula dgn harga rm 300 di nurul syukor make up artist siti nurhaliza yg glam itu... arghhhhhhh......... tidak!!!!!! alangkah sedihnya hatiku ini... selepas kelahiran anak keduaku itu... semua baju2 itu sudah tidak kusentuh lagi..... tidak mampu untuk kusarungkan kebadan ini... setiap inci pinggang dan perotku ini sudah dilitupi lemak2 manis, santan kelapa muda..... ooohhh tidak!! sehinggalah keluar statement2 yg tidak mampu kudengar dari mulut emak dan kakak2 ku " ishhh... pinggang pun dah takde dah..." ucap emak ku..." hahaha...mak, alim dah gemok!" tawa kakak2ku..... walaupun badanku sama sahaja...tp dibeberapa bhgn badan ku ini bagai di pam2..... ishhhhh.. ke laut......

kemudian ku ambil pula seluar jeans PADINI... di ikuti LEVI's 577 .... ku sarung satu persatu... tiba2.... " haaaaaaaaaa!!! hahahahahahah!!!! dah muat! dah muat.... dah tak ketat...dah kena pakai belt balik!!! hahahahaha! " aku menjerit keriangan...kalau dulu...jeans2 kesayangan ku ini tersangatlah sempit...boleh saje kupakai tanpa mengenakan tali pinggang...tapi kini...aku terpaksa pula mencari tali2 pinggang yg kulupakan dulu..... en putra tersenyum melihat gelagat aku yg terkinja2..... tiba2...wajahnya berubah.... lalu...

en putra : "awak..... jeans awak dah boleh pakai balik eh?" tanya en putra dgn wajah yg serious...

den : "yelah.... awak tak nampak ke saya dah kena pakai belt balik ni!! baru ni tak pakai belt pun ketat!!!" jawabku sambil melihat2 diriku di cermin..

en putra: "tapikan....ada satu jeans yg awak tak boleh pakai!" sambung en putra lagi..kali ni matanya tepat memandang ke dalam mataku... aku kehairanan.....

den : " eh...jeans apa?" tanyaku dgn nada yg cemas..takut2 kalau aku kelihatan hodoh atau gemok atau mungkin tak sesuai lagi mengenakan jeans....... cuak terasa di hatiku....

en putra: " awak nak tau jeans apa?" soalnya pula..

den : "yelah jeans apa?"

en putra : "JINS SHAMSUDIN!!! HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!"  jawabnya dalam ketawa yg berdekah2...... diselang seli dgn tepukan2 tangannya di atas katil.... dalam hatiku "ceh!!!! terkena plak aku...kurang asam punya budak!!!!!!!!!"

                             terkena lagi ye mak cik!!!!! ceh!!!!!

          pak lawak...... sesedap rasa je ko kenakan org ye??!!!!!!!