Saturday, May 16, 2009

~ GADIS MELAYU! EDISI NAJLA SUFYA

malam berganti siang, siang bertukar malam... cuaca pula, sejak akhir2 ini dikatakan semakin panas... walaupun aku tidak begitu merasakannya... mungkin kerana rumah tempatku berteduh terletak di atas bukit dan dikelilingi pepohon hijau...ahhhh..nyamannya! terdengar pula kicauan burung2 yg bertenggek di atas hampaian bajuku..... memang indah.. dalam sibuk dengan rutin harian yang semakin hari semakin bertambah.... dek karenah anak2 ... aku terlupa..rupa2nya anak dara en putra kini semakin membesar.... semakin  terserlah kegadisannya.... emm..jomla layan aksi2 anak dara en putra ini.

*VERSI NAJLA SEBAGAI GADIS MELAYU*
BERKEBAYA MERAH JAMBU MANIS BERGAYA
najla : "umi, La nakla baju macam umi" ucap najla di suatu hari..

den : "baju apa?" pendek saja jawabku..sibuk dgn nawfal yg semakin melasak.

najla : "baju umi yg kaler black dgn red tu.... yg kat dlm almari tu!" luah najla lagi...

den : " oohhh.... baju kebaya umi tu eh? apsal?...La suka ke? " kali ini aku merenung matanya.

najla : " a'ahla umi, La suka.. sebab tulah La nak.." menjawab dgn penuh senyuman dibibir.....

pulang ke melaka..sempat kutempahkan sepasang kebaya pink untuk najla...... dah siap.. tak sabar pula anak dara ini hendak menggayakannya....... aduh! penatla nak kena amik gambar dia pulak... tgkla pose2 najla dgn kebaya pinknya tu....



EDISI HARI GURU & NAJLA

najla : "umi, umi, esok kat school ada teacher's day! La nak bg teacher siti & teacher chandra present!" jerit najla tatkala pulang dari school.

den : " La nak bg teacher apa?" tanyaku sambil melihat najla sedang membuka kasut sekolahnya.

najla : "La kena bg teacher flower dgn bear!"  jawabnya dan terus ke bilik.

den : "haaa?? apa? bagi flowers & bear? nak buat apa bg teacher bear? teacher bukan nak main dgn bear pun..." terkejut dengan permintaan najla tadi

najla : "alaa umi ni..teacher yg mintak" kata najla lagi

den : "ishhh..tak kan teacher mintak kot... takpelah..kita bg bende yg lagi best kat teacher ok!" pujuk ku pada najla...... dalam hatiku berkata "ishhh cikgunya pun..ni mesti mintak bear utk anak dorang ni".... hehehehehe..gelak ku sendirian.

malam itu aku terpaksa membawa najla ke carrefour..memcari2 hadiah yang sesuai utk teachersnya..... akhirnya...jeng..jeng..jeng...yes! 2 frame gambar yg cantik dgn photo najla yg comel...

najla with her present for teacher siti & teacher chandra.

terkenang pula aku ketika di zaman kanak2... kalau dulu, waktu tadika ni, belom tahu lagi nak bagi2 hadiah kat cikgu... dah masok sekolah rendah  barula tahu sambutan hari guru..barulah sibuk nak bagi hadiah pada cikgu.... hahahaha... dan hadiah yg paling best dan paling popular pada zaman dulu ialah... pelbagai jenis sabun mandi... dan aku juga akan selalu mengambil sabun LUX di dalam almari mak di dapor... dan kemudian itu juga...terdengar....

mak den : " Alimmmm!!!! mana pegi sabun mandi kat dlm almari banyak2 ni?????????" 

dan ketika itu juga aku berlari keluar rumah dan terus mencapai basikal chopper biru kesayanganku lalu terus  memecut laju................... hehehehehehe... dalam hatiku berkata " beruntung jadik cikgu zaman sekarang ni ye.. jadik cikgu tadika pun dapat hadiah best2!.."


MOTHER'S & TEACHER'S @ SMART READERS KID SRI GOMBAK

15 May 2009, aku mendapat undangan drpd teacher siti untuk menghadiri majlis sambutan hari ibu & guru di school najla. sambutan yg hanya dihadiri oleh para guru dan ibu2. Awal2 lagi aku sudah memberitahu en putra mengenainya.............. 

najla : "umi, malam ni kita pegi berdua tau! adik dgn papa tinggal kat rumah" ceria saje suara najla.

den : "ok... umi kena bawa present sekali..sbb ada exchange gift for all mommies tau!" beritahu ku pada najla.

malam itu, dgn hadiah berupa sebuah pasu bunga yg cantik yg kubalut indah, kubawa ke school najla. kelihatan ramai ibu2 yg glamour & gorgeous bergaya bersama anak masing2... hahaha... aku & najla seperti biasa... sesimple yg mungkin.... tak dapekla nak bermake up bagai... ingatkan biasa2 aje...rupa2nya...ibu2 glam itu bukan setakat bermake up cantik... malah bermata biru dan coklat... berseluar yankee bergaun ala2 barbie pun ada...hahahahaha.....

acara dimulakan dgn persembahan drpd semua students & teachers menyanyikan lagu untuk ibu..... termasokla najla menyanyi dgn penoh gaya.....

below: gambar najla with aidan & lili..having fun together

dan yang paling meriah sekali ialah activiti teachers bersama mommies.. macam2 activiti yg diadakan termasok fashion show sambil menari, talent show, limbo rock dll... sebagai mommy yg sporting, aku pun joinla fashion show sambil menari tu...wah... tepukan yg gemuroh sehingga kelihatan 2  org penonton berdiri memberi sokongan.... hahahaha...lain tak bukan... najla & aidan... pic below : kelihatan aku yg sedang ditemubual oleh teacher shima selepas menari2 dan juga pic teachers membuat persembahan.

dan pada akhir sessi bersosial itu, acara bertukar2 hadiah menyerikan majlis, aku yg hadir dgn hadiah yg agak comel, pulang dgn hadiah yg paling besar.... selepas mengisi perot dgn juadah yg disediakan.. kami pulang kerumah..tak sabar2 utk membuka hadiah yg aku dapat..... wahhhh!!!! sebuah pinggan hidangan yg besar & cantik berbunga2 ... sambil aku menjerit " wahh..cantiknya!!! untung umi pegi.. dapat hadiah yg paling besar! pinggan cantik plak tu!!! " bak kata amy search " berbaloi2!"........ 

tapi bila aku fikir balik... wah..najla ni, teacher's day punyalah pulun  beria2 nak belikan present for teachers...tp mother's day...takde pulak dia teringat nak belikan aku hadiah... bukan setakat hadiah nak wish pun tidak... en putra papanya si najla lagilah...langsung tak tau menahu pasal mother's day ni.. ucap pun tidak..apatah lagi hadiah.... sehingga malam kutunggu drpd mereka berdua.... sampai kelat mataku..akhirnya kusedar jua.. jgn beranganla nak dpt suprise present!!! cuma..........

den : "najla... najla tak ckp mother's day kat umi ke?" tanyaku dgn sedihnya...

najla : "hehehe..happy mother's day umi" ucapnya dalam keadaan tersengih2...

den : " laaaaa... tu je ke? tak cium umi?" 

najla : " okla..okla...  " jawab najla diikuti satu kiss drnya....... 

lantas aku berkata " kesian umi..tak dpt hadiah pun......."...diikuti senyuman dr najla & hanya lirikan mata tanpa makna drpd en putra........ sedihnya........apa2 pun... "HAPPY MOTHER'S & TEACHER'S DAY TO ALL"


8 comments:

  1. den minat giloo ngan alim & najla.
    jmpe ur fotopages incidently..
    after that terus follow since najla dlm 3 yrs smpai skrg.. :)

    ReplyDelete
  2. kak lim dah tukaw no tipon ke? org sms x bls sampai arini... sedey

    ReplyDelete
  3. faz: alamak! tak sangka plak ada peminat! hehe..mcm artis AF pulak rasanya.. wah..lamanya faz follow fp alim..since najla 3 yrs?? thanksla faz!!!! mcm ni, bolehla kita jadik kwn baik ni..... ok tak?

    ziela : laaaaaa... ye ke? kesiannya!!! kak limnya hp dah nak dekat sebulan dah rosak! kena air liur nawfal terus KO. sampai lani tak beli hp baru lagi!!!! no. sama yg lama.... nanti kak lim dah ada hp baru.... sms la ye!!!!!

    ReplyDelete
  4. najla ni memang pandai la pose...cair tgk...
    makin besar makin pandai bergaya...
    comel naufal...chubby..geyam nye

    ReplyDelete
  5. air liur baby romeo ader asid ke apo kak? kena kat hp trus ko.. takottt iah

    ReplyDelete
  6. kalu alim sudi,,faz lagi sudi,,akahss!!
    mmg adore sgt kat alim & najla.. tp kat en.putra xdela,,he hee..

    ReplyDelete
  7. kak lim pegi mane nih? dah lama x apdet... rindu laa..

    ReplyDelete
  8. Nice blog dear, come follow my blog dorajimi.blogspot.com and get promosi for DEC 2014.

    ReplyDelete